Memori di tanah suci Makkah dan Madinah 2015

Makkah al-Mukarramah

Tiba di Makkah pada 10 September 2015. Pengurusan di Hotel / Maktab juga tidak mempunyai sebarang masalah dan kami dapat check-in ke bilik dengan cepat. .

Gembira karena dapat melihat Kaabah dengan jelas air mata ini tak mampu tebendung, mengalir dengan sendirinya, takjub, haru, bangga semua berkecamuk dalam hati.

IMG-20150930-00555

Setelah istirahat semalam, kami terus bergegas ke Masjidil Haram menunaikan solat Subuh berjamaah. Tetapi, oleh kerana masjid dibanjiri dengan ribuan jemaah dan qamat pula sudah dilaungkan, kami terpaksa solat di luar masjid . Kemudian sejurus selepas solat Subuh tersebut, kami terus melaksanakan Tawaf, Sa’i dan kemudiannya bertahallul. Alhamdulillah, dengan itu selesailah ibadah umrah kami, pada hari pertama kami menjejakkan kaki di Makkah. Moga segala ibadah dan doa kami diterima Allah s.w.t.

رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

“Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui [al-Quran, al-Baqarah:127]

Maqam Ibrahim
Kita Bukan Menyembah Kaabah

IMG_20150912_070211

Kesesakan di Masjidil Haram selepas solat Isyak

Ini karenadi Makkah terutamanya di Masjidil Haram, memang terlalu sesak. Saya melihat bahkan merasai sendiri ribuan manusia berasak-asak, tolak-menolak dan bermacam ragam lagi ketika melaksanakan tawaf. Di hadapan kaabah  pula, sekumpulan manusia berasak-asakan untuk memegang dan mengusap-usap kaabah. Di tempat Hajar al-Aswad, ‘gamat’nya suasana memang tidak terkata. Melihatkan suasana tersebut, membuatkan saya terfikir:

 

Alangkah indahnya, jika semua umat Islam yang datang ke Tanah Haram berakhlak dengan akhlak Nabi s.a.w. Lebih-lebih indah, jika semuanya beribadah dengan apa yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. Tentu sahaja, ibadah umrah akan lebih tenang dan mungkin situasinya lebih terkawal.

Mungkin ramai yang terlupa. Kita bukan menyembah kaabah tapi kita menyembah Allah s.w.t. 

IMG-20150930-00547IMG-20150930-00548

 

Jazakumullahu Khairaa

Dengan itu, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada yang banyak membantu sepanjang kami berada di Makkah  iaitu Bapak H. Moh Khaeruddin dari KBIH Makkah Madinah yang telah turut menyertai kami ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji.

IMG-20150923-00490 IMG-20151007-00610

IMG_20150923_213439
Madinah al-Munawwarah

Tiba di kota Madinah pada 20 Oktober 2015  ketika azan ashar sedang berkumandang. Cuaca begitu sejuk pada waktu itu. Dan alhamdulillah urusan untuk check-in ke bilik hotel Al-Elman  tidak mempunyai sebarang masalah. Teruja sungguh bila saya masuk ke bilik itu. Ini kerana bilik yang kami tempah tersebut adalah bilik yang betul-betul berhadapan dengan Masjid al-Nabawi (Haram View). Justeru, saya dapat melihat Masjid al-Nabawi dengan begitu dekat dan melihat suasana persekitarannya dengan begitu jelas. Pendek kata, setiap hari kerjanya bila di bilik hotel ialah menghadap tingkap dan melihat masjid =)

Pemandangan dari bilik hotel

IMG_20151010_184514 IMG_20151018_204026 IMG-20151011-00676 IMG-20151011-00673IMG-20151014-00777
Dan pastinya, solat di Masjid al-Nabawi itu, amat menggugah jiwa dan perasaan saya. Petang itu, setelah berkemas dari hotel, saya i masuk ke dalam masjid. Pertama kali, tatkala dahi saya sujud di permaidani masjid, terasa gigilan yang amat sangat kerana menahan rasa haru dan syukur. Subhanallah….hanya Allah sahaja yang mengetahui setiap apa yang tersembunyi di balik hati ini. Setiap apa yang saya rasai pada tika itu, memang tidak terluah dengan kata-kata penuh makna.

Masjid al-Nabawi di waktu Dhuha
Suasana selepas solat Subuh di Masjid al-Nabawi

Jika ada yang bertanya, apakah pengalaman yang paling indah ketika saya di Masjid al-Nabawi? Saya akan menjawab:

Yang paling indah saya rasakan ialah apabila doa-doa yang saya panjatkan kepada Allah antara azan dan iqamah (solat Isyak) kemudiannya doa itu di’terjemah’kan dalam bait-bait ayat al-Quran oleh Imam di rakaat pertama dalam solat Isyak berjamaah itu. Bagai ingin gugur jantung saya! Seluruh jiwa dan raga saya bergetar. Getaran itu seolah-olah mengatakan kepada saya bahawa Allah tidak pernah mengenepikan saya. Setiap apa yang Allah takdirkan punya hikmah dan bukan saja-saja. Selayaknya saya menjadi hamba yang sentiasa bersyukur dengan apa yang telah ditetapkan oleh-Nya. Dan sememangnya Allah maha mendengar dan maha mengetahui apa yang diinginkan oleh setiap hamba-Nya.

Solat Maghrib di Masjid al-Nabawi
Tour di Madinah
Ketika di Madinah, selama dua hari, kami telah berkunjung ke tempat sejarah di sekitar kota Madinah. Antaranya ialah Masjid Quba’, Gunung Uhud, Istana ‘Urwah bin al-Zubair r.a, Masjid Tujuh, Telaga Nabi s.a.w, Telaga ‘Uthman r.a, Muzium Madinah al-Munawwarah (al-Hijaz Railway Station) dan lain-lain.

Antara tempat yang dilawati di sekitar Madinah

Menariknya dalam perjalanan ini, dijelaskan kepada kami sejarah yang berlaku di sebalik penamaan sesebuah tempat atau masjid berdasarkan kepada hadith-hadith yang sahih.

 Masjid Quba’

Nabi s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa bersuci di rumahnya, kemudian mendatangi Masjid Quba, lalu ia solat di dalamnya, maka baginya pahala seperti pahala umrah”. 
[HR. al-Tirmizi No. 298 dan Ibnu Majah No.1401. Hukum Hadith: Sahih dalam kitab Sahih al-Jami’, No. 6154].

Masjid Tujuh

Menziarahi masjid tujuh adalah perkara yang tiada dalilnya bahkan ia antara perkara bid’ah JIKA seseorang beriktiqad (mempunyai kepercayaan) bahawa padanya mempunyai fadhilat yang khusus.

Istana ‘Urwah bin al-Zubair

Menziarahi istana ‘Urwah bin al-Zubair bin al-‘Awwam r.a. Beliau adalah seorang tabi’in dan merupakan salah seorang dari al-Fuqaha’ al-Sab’ah (tujuh tokoh fuqaha’ /ulama) yang masyhur di Madinah. Beliau juga merupakan anak lelaki kepada al-Zubair bin Al-’Awwam r.a, salah seorang al-Sabiqunal Awwalun (para sahabat Nabi s.a.w yang pertama memeluk agama Islam).

Melihat batu bersurat yang terdapat di sekitar Madinah. Ia dipamerkan di Muzium al-Madinah al-Munawwarah yang terletak di bangunan al-Hijaz Railway Station.
Gunung Uhud

Dari Abu Sa’id Al Khudri Radhiyallahu ‘ahnu, beliau berkata: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda,”Janganlah kalian mencela sahabat-sahabatku. Seandainya salah seorang dari kalian berinfaq emas seperti Gunung Uhud, tidak akan menyamai satu mud (infaq) salah seorang dari mereka dan tidak pula setengahnya.
[H.R Imam Al Bukhari dalam Shahih-nya, kitab Al Manaqib, Bab Qauluhu Lau Itakhadztu Khalilan, no. 3397]
 

Hingga kini masih kurasa rindu

Pada Tanah Haram bumi penuh berkah
Moga dapat lagi kita bertemu
Sebelum badan dikandung tanah.
Rudy Pujihanto Avatar

Posted by

Leave a comment